Tuesday, June 10, 2014

MY HOLIDAY

Assalamualaikum.

Hai. Percutian kali ni memang sangat panjang. Al - maklumlah cuti dua minggu la katakan. Walaubagaimanapun, kena belajar juga  kat rumah. Jangan dilupakan. Pengalaman cuti kali ni memang seronok walaupun percutian tu hanya 2 hari 1 malam. Nisa bersama keluarga pergi
 bercuti di Colmar Tropicale, Pahang dan Genting Highlands. Memang seronok. " Jauh perjalanan, luas pemandangan". Nisa sangat teruja apabila berada kat Colmar Tropicale sebab seni bina bangunan itu yang berasaskan bangunan seni bina Francis. Genting Highlands juga merupakan salah satu tempat yang menarik untuk dilawati. Sewaktu Nisa pergi ke sana, mereka sedang giat menjalankan aktiviti penyelenggaraan. Perkara yang paling seronok ialah kami sekeluarga dapat merasai suasana di Genting Highlands yang sejuk,dingin dan berkabus. Memang terbaiklah! Nisa berharap cuti akan datang lebih seronok.


                                                                  MOMENTS






 

CAME BACK !

Hai semua!

Nisa is back ! I am fifteen. Setelah sekian lama kita tak bersua.  Sekarang ni Nisa dah ada kehidupan baru. Nisa belajar kat Sekolah Menengah Sains Sembrong (SASEM). Di situlah Nisa mula belajar tentang apa erti kehidupan. Al-maklumlah budak asrama la katakan. I've got  many new friends. Macam - macam perangai yang Nisa jumpa. Seronok bila dapat kenal diaorang semua. Masing - masing datang dari latar belakang keluarga yang berbeza. Hidup kat sana memang penuh dengan cabaran. Walau  apa pun, cabaran itulah yang membuatkan diri kita menjadi lebih matang. Kalau diri kita dirundung masalah, banyakkanlah berdoa kepada ALLAH. Alhamdulillah, kehidupan kat asrama banyak mengajar Nisa macam mana nak hidup berdikari tapi yang paling penting kita kena pandai survive kalau nak berjaya. Usaha tanpa doa tidak akan membuahkan kejayaan. Tahun ni Nisa akan menduduki satu peperiksaan besar. PT3 ^_^. Doakan kejayaan Nisa tau. Banyakkanlah berdoa dan buat solat sunat hajat sekali. Insyaallah, ALLAH akan memakbulkan doa kita.AMIN. Itu saja dari Nisa hari ni.
                                                                         



SAY IT RIGHT



Nourish your Brain—Enrich Your Life

NILAI SEORANG SAHABAT



Nilailah sahabat anda. Pastikan anda berkawan dengan orang yang benar-benar membantu anda untuk menuju keredhaan-Nya. Pastikan rakan anda tidak merosakkan anda dan membawa anda ke lembah kehinaan. Sesungguhnya pemilihan rakan yang tepat dapat membantu kita dalam kehidupan sama ada ketika susah dan senang. Ingatlah, kawan ketawa mudah dicari manakala kawan berduka amat payah untuk kita temui. Berhati-hatilah memilih rakan anda......