Sunday, July 10, 2011

KEJOHANAN TAEKWONDO REMAJA KUALA SELANGOR DAN JEMPUTAN 2011

Kejohanan Taekwondo Remaja Kuala Selangor dan Jemputan 2011 telah berlangsung pada 18 Jun 2011 bertempat di Stadium Tertutup Kuala Selangor.Walaupun tidak memenangi pingat, pengalaman menyertai kejohanan tersebut amat bermakna. Semoga pada kejohanan akan datang, akan memperolehi pingat yang diharapkan. Terima kasih diucapkan kepada jurulatih kami Sir Fazmi yang tidak berputus asa memberikan tunjuk ajar kepada kami. Tahniah kepada rakan-rakan yang telah memenangi pingat dalam kejohanan tersebut. Kepada rakan-rakan semua, teruskan berlatih demi kejayaan yang lebih cemerlang.

Saturday, February 12, 2011

TAE KWON DO CEMERLANG

Catatan : Menyertai Kejohanan Taekwondo Jemputan Hulu Selangor 2/2010 pada 4 Disember 2010.Pengalaman pertama bertarung dengan peserta dari kelab lain dalam sukan ini.

SAY IT RIGHT



Nourish your Brain—Enrich Your Life

NILAI SEORANG SAHABAT



Nilailah sahabat anda. Pastikan anda berkawan dengan orang yang benar-benar membantu anda untuk menuju keredhaan-Nya. Pastikan rakan anda tidak merosakkan anda dan membawa anda ke lembah kehinaan. Sesungguhnya pemilihan rakan yang tepat dapat membantu kita dalam kehidupan sama ada ketika susah dan senang. Ingatlah, kawan ketawa mudah dicari manakala kawan berduka amat payah untuk kita temui. Berhati-hatilah memilih rakan anda......