Friday, November 26, 2010

FESTIVAL MALAYSIA INOVATIF

Festival Malaysia Inovatif telah diadakan di Kompleks Sukan Bukit Jalil yang berlangsung dari 24 November hingga 26 November. Kami telah terpilih mewakili Zon Selatan untuk menyertai Pertandingan Malam Kreativiti Muzikal dengan tajuk 'Aku Yang Terbuang. Seramai 19 orang murid SK Seri Utama telah menyertai pertandingan ini dan hanya kami sahaja murid sekolah rendah.


Walaupun kami murid sekolah rendah tetapi kami berjaya mengalahkan kumpulan dari Zon Utara,Zon Timur,Zon Sabah,Zon Sarawak dan Zon Tengah. Kami juga membuat persembahan di hadapan Perdana Menteri. Kami juga seronok apabila dapat berjumpa Faizal Tahir,Stacy,Adibah Noor dan upin ipin. Inilah kemenangan yang paling manis dan tidak dapat dilupakan.

Tuesday, November 2, 2010

KEJAYAAN SK SERI UTAMA

SK Seri Utama telah berjaya menjadi johan dan mewakili Zon Selatan dalam Pertandingan Malam Kreativiti Muzikal anjuran Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi. Berikut adalah rakaman persembahan yang melayakkan SK Seri Utama menggondol hadiah wang tunai RM 3,000.

Tuesday, July 27, 2010

KEPENTINGAN SOLAT DALAM ISLAM

Solat atau sembahyang adalah rukun kedua yang menjadi asas terbinanya Islam. Solat juga merupakan tiang agama dan satu ibadah wajib ke atas setiap umat Islam melakukannya dalam apa jua keadaan selagi akalnya masih waras. Dalam Al-Quran terdapat lebih 25 tempat ayat yang merujuk kepada makna perintah mengerjakan atau mendirikan solat dan terdapat lebih 70 kali perkataan solat atau sembahyang diulang dan disebut dalam al-Quran, antaranya Firman Allah SWT:


Yang bermaksud: "Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan
sembahyang, maka hendaklah kamu menyebut dan mengingati Allah semasa kamu berdiri atau duduk, dan semasa kamu berbaring. Kemudian apabila kamu telah merasa tenteram (berada dalam keadaan aman) maka dirikanlah sembahyang itu (dengan sempurna sebagaimana biasa). Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya."
(Surah an-Nisa' : 103)

Di sini dapat difahami betapa besarnya kepentingan sembahyang kepada orang-
orang Islam yang beriman, di antaranya:


1. Solat dapat meningkatkan seseorang untuk sentiasa mengingati Allah
Firman Allah SWT:



2. Solat dapat menghapus dosa.

3. Solat dapat mencegah perbuatan keji dan mungkar.

4. Solat dapat memberi barakah hidup dan berbahagia kehidupan.

Justeru melaksanakan solat fardhu dalam waktu yang ditetapkan merupakan
sebahagian daripada disiplin Islam yang wajib dilaksanakan. Sabda nabi SAW maksudnya:

"Dari Abi Amr asy-Syibani katanya, Abdullah bin Mas'ud pernah bertanya kepada nabi SAW apakah amalan yang paling Allah sukai?. Nabi menjawab: Solat tepat pada waktunya. Ia bertanya lagi kemudian apa? Baginda menjawab: Melakukan kebaikan kepada kedua ibu bapa. Ia bertanya lagi kemudian apa? Baginda menjawab: Melakukan jihad pada Agama Allah SWT."

(Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

Friday, July 16, 2010

HARI TERBUKA

Pada hari Rabu yang lepas,7 Julai 2010 sekolah saya telah mengadakan hari terbuka. Ramai ibu bapa yang hadir. Sambutan hari terbuka telah bermula dari pukul 8 a.m hingga pukul 12 tengahari. Selain itu,murid darjah 6 telah diberi motivasi bersama-sama ibu bapa di dewan sekolah manakala ibu bapa murid darjah 1 telah diberi taklimat tentang program LINUS. Di kantin sekolah pula terdapat pemeriksaan kesihatan percuma serta membuka buku akaun tabung haji.


Saya pula telah mendapat keputusan yang mendukacitakan. Saya telah dikalahkan oleh seorang murid baru yang datang dari Melaka. Saya telah mendapat tempat yang ketiga dengan keputusan 4A1B. Saya juga berazam untuk belajar bersungguh-sungguh untuk mendapat keputusan yang lebih cemerlang.

Friday, June 18, 2010

PERCUTIANKU

Pada musim cuti sekolah ini saya bersama keluarga pergi pulang ke kampung halaman ayah saya di Teluk Anson,Perak. Teluk Anson juga dikenali sebagai Teluk Intan. Kebiasaanya,ayah saya pulang ke kampung 2 atau 3 kali setahun kerana kampung ayah saya jauh. Perjalanan saya mengambil masa sehingga 7 jam. Saya telah berada di sana selama 1 minggu.

Selain itu saya berkesempatan pergi ke Cameron Highland di Pahang bersama bapa saudara saya. Udara di sana nyaman dan pemandangan yang indah. Pada sebelah malam saya dan keluarga pergi ke pasar malam. Saya telah membeli sedikit buah tangan untuk kawan saya. Saya juga berjumpa dengan kawan saya di sana. Saya berasa amat gembira. Ini adalah percutian yang menyeronokkan.

Thursday, May 27, 2010

SEKOLAHKU

Saya ialah seorang murid darjah 5. Saya bersekolah di sk seri utama atau nama singkatan sksu. Semua guru di sana sungguh baik. Saya bersekolah di situ sejak darjah 1. Suasana di sekolah saya riang,aman,bersih dan berada dalam keadaan kondusiF. Terdapat banyak kemudahan di situ. Antaranya ialah,perpustakan,makmal komputer,bilik mesyuarat,stor sukan,bilik sal dan lain-lain. Bilik sal adalah nama singkatan bagi bilik "Self Acces Learning". Guru-guru di sekolah saya amat prihatin.


Saya juga mempunyai ramai kawan disana. Kawan-kawan saya amat baik. Sekolah saya berada di kawasan kampung. Kebanyakan pelajar di situ adalah dari kampung itu. Sekolah saya berdekatan dengan rumah nenek saya. Saya akan berjalan kaki pergi dan balik dari sekolah. Saya berasa amat bersyukur kerana saya dapat bersekolah.

Saturday, May 15, 2010


Hari Guru disambut pada 16 MEI pada setiap tahun. Guru merupakan antara orang yang terpenting dalam hidup kita. Guru telah banyak mencurahkan bakti kepada seluruh umat manusia. Jasa dan keikhlasan mereka mendidik tidak perlu dipertikaikan dan tidak dapat dinilai dengan wang ringgit. Guru telah banyak berkorban untuk mendidik generasi berjaya. Sempena kesempatan ini saya mengucapkan SELAMAT HARI GURU dan TERIMA KASIH, CIKGU khusus kepada guru-guru SK Seri Utama, Batu Pahat dan kepada semua guru Malaysia.

Friday, April 30, 2010

HARI PUTERI

Pada hari Ahad yang lalu,25 April 2010 telah diadakan hari puteri yang diadakan di Johor Baharu.Pada hari itu pelbagai acara telah diadakan seperti pertandingan kolaj,jahitan rumah butang,masak tanpa api,pertandingan bercerita,pertandingan koir dan lain-lain.Selain itu pertandingan dikir puteri turut diadakan.Pada catatan saya yang lepas saya telah memaklumkan bahawa sekolah saya telah mendapat johan dalam pertandingan dikir puteri peringkat daerah.

Sekali lagi sekolah saya telah mendapat johan pertandingan dikir puteri peringkat negeri Johor.Saya mengucapkan tahniah kepada guru puteri islam kerana memberi sokongan dan dorongan.Saya juga berterima kasih pada ibu bapa saya.

Wednesday, April 14, 2010

DIKIR BARAT SK SERI UTAMA

Ahad, 11 April 2010, Pasukan Dikir Barat SK Seri Utama, Semerah, Batu Pahat telah menjuarai Pertandingan Dikir Barat Peringkat Daerah Batu Pahat sempena Sambutan Hari Puteri Peringkat Daerah yang diadakan di Dewan SMK Tun Aminah, Batu Pahat. Tahniah diucapkan kepada guru-guru dan para peserta yang terlibat. Berikut dipaparkan sedutan persembahan kumpulan dikir barat tersebut.

Thursday, March 18, 2010

PERKHEMAHAN BINA INSAN

Pada 1-4 Mac yang lalu di Johor Baharu telah diadakan perkhemahan.Perkhemahan itu telah diadakan di Pusat Kokurikulum Johor.Tujuan perkhemahan itu adalah untuk
mewujudkan perpaduan kaum dan pengurusan diri.Para peserta pula terdiri daripada kaum melayu,cina dan india.Saya mempunyai ramai kenalan di sana.Saya berasa gembira kerana ini adalah pertama kali saya tidur di dalam khemah dan merasai dunia luar.

Antara aktiviti yang dijalankan ialah aktiviti air,asas komunikasi,menuruni tembok,membuat persembahan dan sebagainya.Aktiviti yang paling digemari ialah aktiviti air kerana kita akan membuat keyakinan apabila berada di dalam air serta menaiki rakit.Kami diberi makan 6 kali sehari.Saya berasa gembira dan ingin pergi sekali lagi.

FAEDAH KITAR SEMULA

Sampah jika dibiarkan bersepah,ianya akan menjadi tumpuan haiwan atau serangga pembawa penyakit.Melalui kitar semula,kita dapat mengurangkan sampah yang dibuang dan seterusnya mengawal penyakit daripada merebak.Selain itu,pembuangan serta longgokkan sampah akan mengakibatkan berlakunya pencemaran.Amalan kitar semula dapat mengurangkan ancaman alam sekitar seperti pencemaran air dan udara.

Walaubagaimanapun,ramai yang tidak sedar bahawa kita sebenarnya membuang sumber yang amat bernilai.Tahukah anda kerajaan terpaksa berbelanja kira-kira RM 4 juta sebulan bagi mengimport kertas terpakai dari luar negara bagi keperluan tempatan.Disamping itu,100% sampah yang dibuang akan mempercepatkan sesuatu tapak perlupusan itu di tutup dan perlu dicari tempat yang baru,dengan mengitar semula 60%-70% sampah dapat dikurangkan,jangka hayat tapak perlupusan dapat dipanjangkan.

Friday, February 26, 2010

RUMAH SYURGAKU.

Rumah adalah tempat berlindung dari hujan dan panas,berlindung dari binatang buas dan banjir.Terdapat pelbagai jenis bentuk rumah seperti rumah limas,rumah minangkabau,rumah melayu melaka dan lain-lain.Rumah memberikan keselesaan kepada setiap keluarga.

Cuba anda membayangkan jika kita tidak mempunyai rumah?Kemungkinan besar anda mungkin dibaham oleh haiwan yang buas.Kita harus bersyukur kerana ayah dan ibu kita mampu membelikan sebuah rumah untuk keselesaan anak-anaknya.

Friday, January 22, 2010

KEMBALI KE SEKOLAH

Sekolah telah bermula pada 4 Januari yang lalu.Bagi Kelantan dan Kedah mereka akan bersekolah satu hari lebih awal.Semua murid akan memakai kasut baru,beg baru,baju baru,kotak pensil baru semuanya baru.Tetapi ada juga yang memakai barangan sekolah tahun lepas kerana mereka faham masalah kewangan keluarga.Apabila naik sekolah kita akan berjumpa kawan baru.

Pelbagai kerenah budak darjah satu.Ada yang menangis,hendak mengikut balik dan lain-lain.Semasa kita darjah satu mesti kita menangis macam mereka.Saya berharap agar belajar bersungguh-sungguh untuk berjaya.

SAY IT RIGHT



Nourish your Brain—Enrich Your Life

NILAI SEORANG SAHABAT



Nilailah sahabat anda. Pastikan anda berkawan dengan orang yang benar-benar membantu anda untuk menuju keredhaan-Nya. Pastikan rakan anda tidak merosakkan anda dan membawa anda ke lembah kehinaan. Sesungguhnya pemilihan rakan yang tepat dapat membantu kita dalam kehidupan sama ada ketika susah dan senang. Ingatlah, kawan ketawa mudah dicari manakala kawan berduka amat payah untuk kita temui. Berhati-hatilah memilih rakan anda......