MY LIFE
Tuesday, June 10, 2014
MY HOLIDAY
Hai. Percutian kali ni memang sangat panjang. Al - maklumlah cuti dua minggu la katakan. Walaubagaimanapun, kena belajar juga kat rumah. Jangan dilupakan. Pengalaman cuti kali ni memang seronok walaupun percutian tu hanya 2 hari 1 malam. Nisa bersama keluarga pergi
bercuti di Colmar Tropicale, Pahang dan Genting Highlands. Memang seronok. " Jauh perjalanan, luas pemandangan". Nisa sangat teruja apabila berada kat Colmar Tropicale sebab seni bina bangunan itu yang berasaskan bangunan seni bina Francis. Genting Highlands juga merupakan salah satu tempat yang menarik untuk dilawati. Sewaktu Nisa pergi ke sana, mereka sedang giat menjalankan aktiviti penyelenggaraan. Perkara yang paling seronok ialah kami sekeluarga dapat merasai suasana di Genting Highlands yang sejuk,dingin dan berkabus. Memang terbaiklah! Nisa berharap cuti akan datang lebih seronok.
MOMENTS
CAME BACK !
Nisa is back ! I am fifteen. Setelah sekian lama kita tak bersua. Sekarang ni Nisa dah ada kehidupan baru. Nisa belajar kat Sekolah Menengah Sains Sembrong (SASEM). Di situlah Nisa mula belajar tentang apa erti kehidupan. Al-maklumlah budak asrama la katakan. I've got many new friends. Macam - macam perangai yang Nisa jumpa. Seronok bila dapat kenal diaorang semua. Masing - masing datang dari latar belakang keluarga yang berbeza. Hidup kat sana memang penuh dengan cabaran. Walau apa pun, cabaran itulah yang membuatkan diri kita menjadi lebih matang. Kalau diri kita dirundung masalah, banyakkanlah berdoa kepada ALLAH. Alhamdulillah, kehidupan kat asrama banyak mengajar Nisa macam mana nak hidup berdikari tapi yang paling penting kita kena pandai survive kalau nak berjaya. Usaha tanpa doa tidak akan membuahkan kejayaan. Tahun ni Nisa akan menduduki satu peperiksaan besar. PT3 ^_^. Doakan kejayaan Nisa tau. Banyakkanlah berdoa dan buat solat sunat hajat sekali. Insyaallah, ALLAH akan memakbulkan doa kita.AMIN. Itu saja dari Nisa hari ni.
Sunday, July 10, 2011
KEJOHANAN TAEKWONDO REMAJA KUALA SELANGOR DAN JEMPUTAN 2011
Saturday, February 12, 2011
TAE KWON DO CEMERLANG
Friday, November 26, 2010
FESTIVAL MALAYSIA INOVATIF
Walaupun kami murid sekolah rendah tetapi kami berjaya mengalahkan kumpulan dari Zon Utara,Zon Timur,Zon Sabah,Zon Sarawak dan Zon Tengah. Kami juga membuat persembahan di hadapan Perdana Menteri. Kami juga seronok apabila dapat berjumpa Faizal Tahir,Stacy,Adibah Noor dan upin ipin. Inilah kemenangan yang paling manis dan tidak dapat dilupakan.
Tuesday, November 2, 2010
KEJAYAAN SK SERI UTAMA
Tuesday, July 27, 2010
KEPENTINGAN SOLAT DALAM ISLAM


Yang bermaksud: "Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan
sembahyang, maka hendaklah kamu menyebut dan mengingati Allah semasa kamu berdiri atau duduk, dan semasa kamu berbaring. Kemudian apabila kamu telah merasa tenteram (berada dalam keadaan aman) maka dirikanlah sembahyang itu (dengan sempurna sebagaimana biasa). Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya."
(Surah an-Nisa' : 103)
Di sini dapat difahami betapa besarnya kepentingan sembahyang kepada orang-
orang Islam yang beriman, di antaranya:
1. Solat dapat meningkatkan seseorang untuk sentiasa mengingati Allah
Firman Allah SWT:

2. Solat dapat menghapus dosa.
3. Solat dapat mencegah perbuatan keji dan mungkar.
4. Solat dapat memberi barakah hidup dan berbahagia kehidupan.
Justeru melaksanakan solat fardhu dalam waktu yang ditetapkan merupakan
sebahagian daripada disiplin Islam yang wajib dilaksanakan. Sabda nabi SAW maksudnya:
"Dari Abi Amr asy-Syibani katanya, Abdullah bin Mas'ud pernah bertanya kepada nabi SAW apakah amalan yang paling Allah sukai?. Nabi menjawab: Solat tepat pada waktunya. Ia bertanya lagi kemudian apa? Baginda menjawab: Melakukan kebaikan kepada kedua ibu bapa. Ia bertanya lagi kemudian apa? Baginda menjawab: Melakukan jihad pada Agama Allah SWT."
(Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)
SAY IT RIGHT
![]() |
Nourish your Brain—Enrich Your Life
NILAI SEORANG SAHABAT
Nilailah sahabat anda. Pastikan anda berkawan dengan orang yang benar-benar membantu anda untuk menuju keredhaan-Nya. Pastikan rakan anda tidak merosakkan anda dan membawa anda ke lembah kehinaan. Sesungguhnya pemilihan rakan yang tepat dapat membantu kita dalam kehidupan sama ada ketika susah dan senang. Ingatlah, kawan ketawa mudah dicari manakala kawan berduka amat payah untuk kita temui. Berhati-hatilah memilih rakan anda......





